Lumrah manusia.
Ada kalanya,
Tekanan, kehilangan atau pelbagai situasi menyebabkan diri menitiskan air mata.
Baik lelaki ataupun perempuan,
Masing-masing mesti pernah rasakan begitu.
Bukanlah kesalahan,
Malahan bukanlah kehinaan,
Apabila seseorang menangis.
Menangis,
Boleh jadi pemangkin seseorang untuk mengorak langkah.
Menangis juga suatu kerehatan,
Dan menjadi terapi kesihatan.
Menangis,
Meninggalkan kesan mendalam terhadap diri.
Bahkan mempengaruhi tindakan.
Hiduplah dengan penuh kesederhanaan.
Kurangkan ketawa,
Perbanyakkan cucuran air mata.
Memang itu garis panduan yg banyak dipetik daripada Al-Quran dan sunnah.
"Janganlah kita banyakkan ketawa, kerana ia mematikan hati.."
Muhasabah diri.