June 13, 2014

Telalu indah

Bau air laut pada waktu malam,
Melihat keindahan matahari terbit dan terbenam,
Bunyi air laut yg berkocak pada waktu pagi,
Kesejukan pasir pantai yang lembut,
Minum air payau setiap kali makan tengahari dan makan malam,

Ahh!
Aku rindu.
Semuanya terlalu indah,
Untuk aku lenyapkan dari memori.

Aku berjalan pada waktu hampir senja,
Kemudian ada seorang lelaki menyapa dari jauh,
"Haii. Best ke jalan-jalan kat sini?"

Lepastu aku terpikir,
Mestilah best. Kat bandar takde mcm ni.
Ni dah lah pulau.
Pusing arah mana pun still jumpe sebab dunia kat pulau ni kecik.

Tapi,
Cara lelaki tu tanya macam kat pulau tu tak best.
Mungkin sebab dia 24/7 hadap benda yg sama.
Mungkin sebab kena berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang,
Mungkin sebab hari hari asyik buat aktiviti yg sama.

Tapi aktiviti dia serious best.
Walaupun dapat buat sekali je. Semuanya aku baru pertama kali cuba.
Memanah, flying fox, snorkeling, jungle trecking, and so on!

Masa jungle trecking lah paling extreme. Takdelah extreme sangat.
Tapi at least mencabar. Nasib baik bukan waktu malam.
Semua cerun curam betul.
Aku ni dah lah perempuan.
Kerja asyik tergelincir je walaupun dah pegang tali.
Tu yang sorang jaga aku. Sorang jaga tasha. Yang lain jaga ecah.

Masa nak check out,
Semua kemas lambat-lambat,
Nak tinggalkan pulau tu rasa macam berat je.
Yelah, bukan senang nak gi pulau.
Kalau bukan sebab menang hadiah pertama, ingat ada chance?
Cik ramli kata, "Kumpul lah duit dari sekarang. Nanti boleh pergi sini lagi"
Alahai..
Rasa macam lama lagi tu.

Takpe ah.
Nanti boleh honeymoon kat sini. Cehh!
Tapi serious. Takyah gi luar negara pun boleh.
Pulau lah tempat paling sesuai nak ber-honeymoon. Dengan pemandangan and suasana dia.
Benci lah camni. Asyik teringat je.
Semuanya terlalu indah. Indah sangat.

Habislah percutian 3hari 2malam di Pulau Sibu, Mersing, Johor.
Semoga kita berjumpa lagi.
Selamat tinggal rusa.
Selamat tinggal burung merak.
Selamat tinggal abang wangi kecik nino nino yang ala ala tourist guide kita orang. Cehh (padahal nak usha aishah je)

Selamat tinggal Pulau Sibu!
Yang ikhlas -
Saya :-)


Big Thanks for you :)